Haiii, harini min nak kongsikan serba sedikit TIPS PENANAMAN KELAPA SAWIT untuk hampa semua 🤗
>>Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-
🌴Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
🌴Taburkan 150g – 200g baja Fosfat didalam lubang.
🌴Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
🌴Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
🌴Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
🌴Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
🌴Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
🌴Jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza
🌴Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.