Penuaian Dan Pungutan Hasil Untuk Tanaman Kelapa Sawit
Jom ketahui . Penting !
PENUAIAN / PUNGUTAN HASIL
1. Menuai adalah proses memetik buah kelapa sawit yang masak untuk
mendapatkan minyak yang maksima dan berkualiti tinggi.
2. Minyak yang berkualiti tinggi diperolehi dari buah yang mempunyai kandungan asid lemak bebas (Free Fatty Acid – FFA) yang rendah iaitu 2 – 3 .
3. Sekiranya kandungan FFA mencapai
5% atau lebih maka kualiti minyak dikira rendah dan menurunkan harga pasaran.
4. Ada banyak perkara yang menyebabkan kejatuhan kualiti minyak antaranya :
5. Buah yang dipotong terlalu masak
Buah yang belum masak tetapi telah dituai
Buah yang baik didapati luka atau cacat semasa aktiviti memotong atau
memunggah.
6. Tandan buah yang baik disimpan lebih 24 jam sebelum diprosesBuah bercampur dengan debu atau tanah semasa mengumpulkannya.
Prinsip Penuaian:
1. Pokok kelapa sawit boleh mengeluarkan hasil selepas 2 setengah tahun – 3 tahun ditanam diladang dan boleh dituai 5 – 6 bulan selepas pendebungaan.
2. Penuaian boleh dilakukan menggunakan galah bagi pokok tinggi dan pahat untuk pokok yang rendah.
3. Pusingan menuai yang biasa ialah setiap 10 hari atau tiga kali dalam sebulan.
4. Tandan dikira masak apabila warna buah telah menjadi jingga (orange)
kemerahan dan ada buah gugur dari tandan dengan ukuran 1 buah lerai gugur bagi setiap 1 kg berat tandan buah.
5. Potong pelepah bawah tandan masak untuk memudahkan memotong tandan.
6. Jangan memotong pelepah lain ,
7. Potong seberapa hampir kepada batang pokok (10 -15 cm) supaya buah
longgar tidak jatuh di celah pelepah.
8. Angkut buah yang telah dipotong
bersama buah lerai dan letakkan di dataran pentas tuai.
Ayuhh tingkatkan kualiti sawit anda??
BIJAK MERANCANG MENANG MENUAI?